5 Tokoh Pelaburan Saham

Buy low sell high adalah sebahagian dari strategi beli saham.

Ada pelbagai lagi strategi pelaburan saham yang ada. Sekiranya nak tahu maka kena ambil tahu tokoh-tokoh dalam pelaburan saham.

Justeru, mari kita berkenalan dengan 5 orang tokoh pelabur saham lagenda yang dapat kita jadikan role model dalam pelaburan saham.

Sudah tentu ada banyak lagi tokoh lain, tapi saya hanya memilih 5 yang ini sahaja. Jadi sekiranya memerlukan bahan bacaan lain tentang pelaburan saham, sila cari buku-buku yang ditulis oleh mereka atau mengenai mereka.

5. Peter Lynch

Sumber: Forbes

Peter Lynch menguruskan dana Fidelity Magellan dari tahun 1977 – 1990. Aset dana ini berkembang dari $ 20 juta kepada $ 14 bilion, seterusnya mendapat keuntungan tahunan purata sebanyak 29%.

Beliau menulis buku-buku bertajuk:

  • One Up on Wall Street
  • Beating the Street
  • Learn to Earn.

Satu artikel yang ditulis oleh Kaushal Majmudar, CFA, Peter Lynch mempunyai 8 pendekatan dalam pelaburan saham. Peter Lynch berkongsikan 8 perkara tersebut dalam satu seminar pelaburan di New York pada 2005:

  1. Tahu bisnes syarikat yang kita beli.
  2. Meramal ekonomi negara, dunia dan kadar faedah adalah tidak berguna.
  3. Kita ada banyak masa untuk mengenal pasti syarikat yang sangat bagus.
  4. Elakkan peluang pelaburan yang “nampak macam” untung.
  5. Pengurusan yang baik dalam syarikat yang bagus adalah sangat penting.
  6. Sentiasa flexible dan sentiasa merendah diri.
  7. Sebelum beli saham, pastikan kita dapat membuat penerangan kenapa kita membeli.
  8. Sentiasa ada perkara yang merisaukan kita, dan kita perlu fokus kepada fakta syarikat sahaja.

Dalam buku-bukunya Peter Lynch menyarankan kita melukis atas sekeping kertas dengan menggunakan krayon untuk memastikan kita betul-betul memahami bisnes yang kita beli. Beliau tidak peduli khabar angin pasaran, fokus kepada kualiti sesebuah syarikat dan melabur untuk satu tempoh yang panjang.

4. John C Bogle

Sumber: BusinessInsider.com

Beliau adalah pengasas syarikat unit amanah Vanguard Group pada 1974 dan menjadi salah satu daripada syarikat pengurusan dana yang terbesar di dunia dan dihormati.

Syarikat beliau yang memulakan unit amanah tanpa caj dan memperkenalkan cara pelaburan indeks yang berkos rendah melalui dana indeks pertamanya, Vanguard 500 pada 1976. Konsep yang diguna pakai adalah:

“If you can’t beat the market, buy the market.”

Pendekatan & prinsip John C Bogle dalam pasaran saham adalah:

  1. Mengutamakan kaedah pelaburan yang ringkas
  2. Mengurangkan kos yang berkaitan jual beli
  3. Pelaburan jangka masa panjang adalah menguntungkan.
  4. Sentiasa rasional dan dapat mengawal emosi semasa membuat keputusan pelaburan.
  5. Kaedah pelaburan indeks adalah sesuai untuk semua orang

Beliau juga menulis pelbagai buku mengenai pelaburan saham antaranya:

  • Common Sense on Mutual Fund
  • The Little Book of Common Sense Investing.

3. Philip A Fisher

Sumber: LifeWeek.com

Gaya beliau membantu Warren Buffett menjadi lebih hebat dari gurunya, Benjamin Graham.

Seorang tokoh pelaburan yang tidak dikenali ramai sehinggalah beliau menulis buku bertajuk Common Stocks and Uncommon Profits pada 1958.

Beliau mula bekerja sejak tahun 1928 sebagai seorang analyst saham untuk Anglo-London Bank di San Francisco, US. Pada 1931, menubuhkan syarikat pengurusan dana sendiri iaitu Fisher & Company. Masih aktif menguruskan syarikat tersebut sehingga tahun 1999, dan meninggal dunia pada 2004.

Memulakan kerjaya dalam pasaran saham kira-kira 50 tahun sebelum Silicon Valley wujud tetapi salah satu syarikat yang beliau beli dan simpan sehingga akhir hayatnya adalah Motorola, salah sebuah syarikat berasaskan teknologi.

2. Warren Buffett

Sumber: CNN.com

Beliau merupakan anak murid kepada Benjamin Graham dan mengikut dengan rapat nasihat-nasihat Philip A Fisher.

Hari ini beliau adalah pengerusi kepada syarikat Berkshire Hathaway dan merupakan individu keempat paling kaya di dunia pada 2014 mengikut Forbes. Berikut adalah 10 perkara menarik mengenai Warren Buffett:

  1. Pada usia 6 tahun beliau menjual pek gula-gula getah. Setiap pek dapat untung 2 sen.
  2. Kemudian beliau menjual Coca Cola. Satu tin, untung 5 sen. Lebih menguntungkan.
  3. Beliau juga telah menjual akhbar Saturday Evening Post dan majalah Liberty ketika usia tersebut.
  4. Dalam usia 9 hingga 10 tahun, dia dan rakannya Stu Erickson menjual bola golf terpakai sebelum dihalau keluar oleh polis dari padang golf Elmwood Park.
  5. Menjual kacang dan pop corn ketika perlawanan American football di University of Omaha.
  6. Pada usia 10 tahun, telah mempunyai simpanan sebanyak $120 (kira-kira $4,000 – $5,000 nilai hari ini) dan mula membeli saham Cities Service Preferred dengan menggunakan kakaknya sebagai proksi. Saham dibeli pada harga $38.25 sebelum jatuh kepada harga $27. Saham tersebut naik semula menjadi $40 dan beliau menjualnya sebelum harga melonjak menjadi $202. Peristiwa ini merupakan titik tolak yang penting dalam hidupnya kerana beliau mengalami “future loss” apabila bersikap tidak sabar dalam melabur.
  7. Seterusnya, mula menjual akhbar Washington Post & Times-Herald. Selain itu beliau juga menjual kalendar serta membeli semula akhbar dan majalah lama dengan pelanggannya. Pada usia 14 tahun telah memfailkan cukai sendiri dan telah mempunyai simpanan sebanyak $2,000.
  8. Pada usia 15 tahun, membeli 40 ekar tanah pertanian di Thurston County, Nebraska pada harga $1,200 dan membuat perkongsian untung dengan pengusaha tanahnya.
  9. Pada 1946 telah memperoleh $175 sebulan, menghidupkan semula bisnes bola golf dan pada usia 17 tahun, memulakan bisnes pinball machine.
  10. Pernah rugi sebanyak $175 dalam judi lumba kuda pertamanya dan menjadi pengajaran berguna dalam aktiviti pelaburannya.

Pada 1950, memasuki University of Colombia setelah permohonannya untuk masuk ke University Harvard ditolak! Di situ beliau berjumpa dengan sifu-sifunya, Benjamin Graham dan David Dodd.

The rest is history …

Warren Buffett, walaupun tidak pernah menulis sebarang buku, tetapi beliau sentiasa berkongsikan prinsip-prinsip pelaburan secara percuma melalui ‘Letter to Shareholders of Berkshire Hathaway’. Kita dapat membaca surat-surat ini di laman web syarikatnya.

Ini pula adalah antara kriteria bisnes yang menjadi pilihan beliau:

  1. Pulangan atas modal yang baik tanpa banyak hutang.
  2. Dapat difahami.
  3. Mempunyai pendapatan aliran tunai.
  4. Mempunyai kuasa ‘francais’ yang kuat seterusnya dapat menentukan harga sendiri.
  5. Bisnes yang tak memerlukan orang bijak pandai menguruskannya
  6. Pendapatan yang dapat dijangka
  7. Pengurusan yang memikirkan manfaat pemegang saham.

1. Benjamin Graham

Sumber: BusinessInsider.com

Beliau adalah cikgu kepada Warren Buffett. Menulis dua buah buku yang sangat penting bagi seorang pelabur iaitu The Intelligent Investor dan Security Analysis.

The Dean of Wall Street ini mula terlibat dalam pasaran saham seawal 1915, mengalami kerugian yang teruk pada 1929 dan dari situ mula membangunkan prinsip ‘value investing’.

Berikut adalah 10 perkara menarik mengenai Benjamin Graham:

  1. Beliau dikenali sebagai father of value investing, prinsip pelaburan yang melihat kepada nilai sesebuah syarikat dan membelinya dengan harga yang murah.
  2. Antara yang terawal memperkenalkan konsep hedging dan arbitrage. Semua bermula dengan mencari nilai.
  3. Memperkenalkan Mr Market. Satu analogi yang dapat membantu kita memahami apa itu pasaran.
  4. Mempunyai sejumlah murid yang berjaya dan yang paling popular adalah Warren Buffett.  Mereka digelar sebagai “The Superinvestors of Graham & Doddsville.”
  5. Buku yang mesti dibaca oleh profesional dalam bidang saham adalah ‘Security Analysis’.
  6. Buku yang mesti dibaca oleh pelabur runcit biasa macam kita-kita ini adalah ‘The Intelligent Investor’.
  7. Kesemua anak murid Graham mempunyai teknik pelaburan yang berbeza tetapi mereka semua berpegang kepada prinsip yang sama. Apa yang ditekankan oleh Graham adalah framework pelaburan yang berpegang kepada prinsip yang betul.
  8. Beliau pernah kehilangan hampir semua kekayaan semasa Great Depression  1929 dan ketika itu prinsip ‘Value Investing’ bermula.
  9. Prinsip Value Investing menekankan betapa pentingnya untuk ‘protect your capital first’. Dalam erti kata lain menurut English idiom – “A bird in a hand is worth two in a bush.”
  10. Apabila Ben Graham ingin bersara, Warren Buffet memujuknya untuk jangan bersara lagi. Jawapan beliau kepada Buffet, “Money won’t make any difference to you and me, Warren. We’ll be the same. Our wives will just live better.”

Klik dan baca selanjutnya:

>> Untung Tak Melabur Saham?


Buat Pembelian