7 Sebab Rugi Dalam Pasaran Saham

Dalam pelaburan memang akan rasa kerugian. Cuma kalau asyik rugi sahaja sudah tentu ada benda yang tak betul. Check it out.

#1 Beli Saham Ikut Tips Kawan

Kawan kata dia beli saham A. Kita pun ikut beli saham A. Kawan kata dia beli saham B. Kita pun ikut beli saham B. Kawan kata dia beli saham C. Kita pun ikut beli saham C. Lepas tu rugi. Sampai bila nak beli saham ikut cara macam ini? Buatlah penyelidikan saham sendiri.

#2 Beli Saham Ikut Tips Media Sosial

Ikut semua sifu di media sosial. Cari semua group saham yang ada. "Sifu" saham tu tak dedah pun siapa identiti. Group saham tu semua admin entah siapa lah mereka tu. Apa yang penting, kita nak tips yang mereka semua ni ada bagi. Lepas tu buat rugi secara konsisten.

#3 Beli Saham Sebab Nak Untung Cepat

Ini mentaliti tak betul. Beli saham sebab nak buat quick money. Sekali sekala boleh lah dapat. Tapi itu cuma nasib. Bukan skill. Kemahiran atau skill ini maksudnya satu aktiviti yang kita dapat ulang banyak kali dan mendatangkan hasil. Jadi skill nak buat untung cepat, teknik buat untung hari-hari dalam pasaran saham ni ada ke? Mimpi sahaja tu. Tak payah lah buang masa untuk cari. 

#4 Beli Saham Sebab Harga Dah Naik

Ramai orang beli saham sewaktu ramai lagi berebut-rebut nak beli saham tu. Sedangkan sepatutnya kita beli saham kita orang lain tak mahu beli saham tu. Kalau kita pun sama ikut orang yang tengah berebut beli saham, siapa yang tengah buat untung masa menjual saham tu? Sudah tentu orang yang beli saham tu masa orang lain tak pandang pun.

#5 Beli Saham Secara Kontra

Kemudahan "contra" sering menyebabkan pelabur beli saham lebih dari kemampuan kewangan mereka. Memanglah kalau tepat jangkaan saham tu nak naik harga kita buat untung. Tetapi ingat malang tak berbau. Pergerakan saham ini benda masa depan. Kita ingat harga saham naik, tapi harga saham jatuh merudum dan kita tak sebenarnya tak cukup modal!

#6 Beli Saham Sebelum Ada Tabung Kecemasan

Pelaburan saham dibuat lepas dah ada tabung kecemasan. Pelaburan saham dibuat dengan duit lebih. Beli saham untuk dapat side income sebab nak tampung poket bocor adalah cara paling senang nak buat kerugian demi kerugian.

#7 Beli Saham Tapi Takde Ilmu

Doktor sebelum boleh bedah perut orang pun dia pergi belajar bertahun-tahun. Begitu juga seorang pelabur. Untuk seorang pelabur baru, dia pun kena beri masa dan beri komitmen untuk belajar jadi seorang pelabur sebenar. Kahwin hari ini takkan esok dah beranak!?