Beli Saham Senang Je

Encik N (bukan nama sebenar), 47 tahun. Beliau merupakan seorang pengurus di sebuah syarikat oil & gas. Sibuk-sibuk dia pun masih sempat buka akaun saham. Dah buka akaun saham, maka dia pun beli saham. Apa yang dia tak sempat buat adalah menguruskan pelaburan saham.

Bila Encik N mendapatkan sesi coaching saham dengan saya maka seperti biasa langkah pertama yang saya buat ialah membuat reviu bakul (portfolio) pelaburan yang sedia ada. Dalam sesi coaching itu Encik N memaklumkan yang dia mahu jadikan saham sebagai tabung persaraan.

Apa yang dapat saya simpulkan pada sesi pertama coaching ialah ada beberapa isu yang perlu dibaiki. Antaranya ialah Encik N belum ada satu cara yang bersistematik nak uruskan portfolio pelaburan saham. Ini adalah perkara biasa yang berlaku kepada para pelabur.

Selama ini Encik N rasa melabur saham ini setakat beli saham sahaja. Maksudnya cari teknik beli saham yang bagus-bagus lepas tu dah boleh buat untung. Teknik beli saham itu adalah cuma sebahagian ilmu pelaburan yang ada. Menguruskan portfolio pelaburan itu sendiri juga jangan dilupakan.

Jadi saya berkongsikan beberapa pilihan untuk Encik N dapat menguruskan portfolio pelaburan dengan lebih baik. Dari saat membeli saham, merekodkan dividen sehinggalah menjualnya semula.

Antara realised profit yang dibuat Encik selepas mendapatkan khidmat nasihat pelaburan

Alhamdulillah, banyak perubahan yang berlaku dalam portfolio pelaburan Encik N sebelum dan selepas sesi coaching. Gambar rajah di atas cuma menunjukkan keuntungan capital gain kasar (gross profit) sahaja. Ada lagi yang perlu direkodkan dengan baik antaranya:

  • Kos jual
  • Kos beli
  • Dividen yang diterima

Saya beritahu Encik N apa yang disediakan dalam online trading platform itu tak cukup nak beri gambaran penuh tentang portfolio pelaburan kita. Sebagai pelabur kita kena ada usaha lebih untuk menguruskan pelaburan saham sendiri.

Bermula dengan modal RM 70 ribu dan selepas 3 tahun berkembang menjadi RM 101 ribu. Bersamaan 13% annualized return. Dan sekarang modal pelaburannya terus berkembang.

Encik N akui yang beli saham tu senang je. Yang susah adalah menguruskan portfolio pelaburan saham. Ini kerana pelaburan saham adalah game long term.