Buka Akaun CDS Cepat-Cepat

Beli saham kena ada akaun khas.

Kena buka akaun dulu dengan mana-mana syarikat broker. Buka lah dengan syarikat broker yang menawarkan akaun patuh Shariah.

Tak tahu syarikat broker yang mana, tuan dapat rujuk sini: Bursa Malaysia-i

Bermula umur 18 tahun dah boleh buka akaun saham. Kebiasaannya syarikat-syarikat broker ini akan minta dokumen-dokumen ini:

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Penyata akaun bank
  3. Penyata gaji
  4. RM 10 + 60 sen GST

Kemudian belajarlah untuk masukkan modal dalam akaun tersebut dan cara-cara berjual beli secara online.Perkara-perkara teknikal berkaitan akaun kita perlu rujuk kepada syarikat broker.

Tutorial saham ini tidak ada memberikan tunjuk ajar tentang perkara berkaitan akaun saham. Itu adalah tugas dealer / remisier saham.

Tutorial saham cuma berkongsikan cara-cara membeli 5 saham pertama dengan modal yang sanggup rugi 100%.

Klik & baca nota seterusnya:

Tak Tahu Nak Beli Saham Apa?