8 Kelebihan Melabur Saham

Di Malaysia ini banyak tempat nak melabur. Pasaran saham adalah salah satu dari peluang yang ada. Setiap sesuatu 

Antara peluang pelaburan yang ada ialah:

  1. Ekuiti (Saham)
  2. Sukuk / Bon
  3. Derivatif (FCPO, FKLI dll)
  4. Fund management (Unit trust, ETF, REIT, PRS dll)
  5. Structured product
  6. Hartanah (fizikal)
  7. Komoditi (emas, perak dll)

Setiap di atas ini ada kekurangan dan kelebihan tersendiri. Jadi saya senaraikan 8 kelebihan membuat pelaburan saham.

#1 Transaksi Secara Online

Dulu nak beli saham memang kena telefon remisier / dealer saham. Kita beritahu remisier saham kita dan beritahu saham apa yang kita nak beli atau saham apa yang kita nak jual. Tapi zaman sekarang ni dah sangat mudah, cuma perlu login dalam kita punya online trading platform untuk mula berjual beli. Asalkan ada sambungan internet.

#2 Sama Sahaja Di Mana-Mana

Kalau Firdaus Shah tengok saham Tenaga di Kuala Lumpur , Lan Shah pun tengok saham Tenaga juga tapi di Johor Bahru. Dua-dua tengok maklumat yang sama. Tak ada beza saham Tenaga yang dibeli oleh pelabur di Kuala Lumpur, Johor Bahru mahupun Kota Kinabalu. Sebab semuanya berpusat di Bursa Malaysia.

#3 Saham Global Pun Ada

Pelabur saham sekarang juga ada pilihan untuk melabur di saham-saham global macam Apple Inc, Amazon Inc, Microsoft Inc dan lain-lain. Tak semestinya beli saham di Bursa Malaysia sahaja. Dapat tanya syarikat broker masing-masing sama ada mereka dapat menawarkan cross broder trading. 

#4 Saham Shariah Compliant

Hukum melabur saham adalah harus. Selagi mana kita melabur dalam syarikat-syarikat yang sahamnya berstatus Shariah compliant. Alhamdulillah, kita di Malaysia sangat mudah nak tahu saham mana yang Shariah compliant, saham mana yang tidak Shariah compliant. Buka Islamic trading account, insyaAllah tak terbabas.

#5 Pelabur Dilindungi Undang-Undang

Pelaburan saham juga adalah pelaburan yang berlesen di Malaysia. Pelaburan berlesen bermaksud para pelabur dilindungi oleh kerajaan jika ada berlaku sebarang penipuan dalam pasaran. Tapi kena fahamlah semua pelaburan berlesen ini ada risiko untung rugi yang wajib diketahui semua pelabur. Kalau asyik rugi dalam saham maksudnya kena tambah ilmu.

#6 Saham Ni Bukan Sekadar Kalis Inflasi

Dengan ilmu pengetahuan yang betul, saham ini bukan sekadar kalis inflasi malah dapat buat untung besar. Andaikan harga seekor kambing pada 2006 adalah RM 650 dan harganya kekal sampai 2015. Maka ini yang berlaku. 

  • RM 650 yang disimpan dalam ASB sekurang-kurangnya berkembang menjadi RM 1,275.51 bersamaan 3 ekor kambing dan tunai RM 300.51
  • RM 650 yang tukar menjadi unit-unit saham BIMB Holdings berkembang menjadi RM 2,736.62 bersamaan 8 ekor kambing dan tunai RM 136.62
  • RM 650 yang ditukar menjadi unit-unit saham NTPM berkembang menjadi RM 4,348.40 bersamaan 13 ekor kambing dan tunai RM 123.40
  • RM 650 yang ditukar menjadi unit-unit saham Ajinomoto berkembang menjadi RM 3,162.50 bersamaan 9 ekor kambing dan tunai RM 237.50
  • RM 650 yang ditukar menjadi unit-unit saham Lay Hong berkembang menjadi RM 3,891.50 bersamaan 11 ekor kambing dan tunai RM 316.50

7. Potensi Untung Tak Terhad

Andaikan kita beli saham dengan nilai 10 ribu ringgit. Maka potensi rugi paling banyak yang kita ambil ialah kita hilang semua 10 ribu tersebut. Rugi 100 peratus. Namun potensi keuntungannya adalah tidak terhad. Sebagai contoh, harga saham 1 ringgit boleh naik jadi 2 ringgit, 3 ringgit, 4 ringgit, 5 ringgit. Jadi modal pelaburan kita dapat berkembang jadi sampai 5 kali ganda dari pelaburan asal.

8. Mudah Nak Cari Maklumat Saham

Hari ini maklumat tentang saham adalah di hujung jari. Bursa Malaysia pun dah sediakan BursaMKTPLC, yang memberikan maklumat percuma. Dan banyak lagi yang lain. Tutorial Saham adalah salah satu tempat untuk pelabur baru mula belajar saham secara online.