Macam Mana Buat Untung Dengan Saham?

Ada 2 jenis keuntungan yang biasa dalam pelaburan saham.

  1. Capital gain
  2. Dividen.

Ada juga keuntungan lain yang boleh diperoleh dari aktiviti korporat tertentu seperti right issuance, bonus, shares split tetapi ia tidak berlaku kepada semua syarikat. Hanya dalam keadaan tertentu sahaja.

1. Untung Capital Gain / (Loss)

Sila search 'ROI Calculator' untuk membuat pengiraan dibawah.

Andaikan kita membeli 10 lot Padini pada harga RM 1.61. Jadi modal pembelian saham adalah RM 1,610 (tidak termasuk kos).

1.1 Unrealised Loss

3 bulan kemudian, harga jatuh menjadi RM 1.27. Nilai semasa portfolio saham Padini ialah RM 1,270. Maka, kerugian atas kertas ialah sebanyak RM 340 bersamaan dengan 21.11%.

Dalam situasi di atas, paper loss akan menjadi rugi sebenar (realised loss) sekiranya kita menjual saham tersebut pada harga RM 1.27.

1.2 Unrealised Profit

Sekiranya 8 bulan kemudian, harga Padini naik menjadi RM 1.99. Nilai semasa portfolio saham Padini ialah RM 1,990, maka keuntungan atas kertas ialah RM 380 bersamaan dengan 23.6%

Maka ianya disebut sebagai paper profit dan untung sebenar (realised profit) terjadi sekiranya kita menjual saham tersebut pada harga RM 1.99.

2. Untung Dividen

Padini Holdings Berhad ada memberikan dividen.

Kita boleh mendapatkan maklumat tentang syarikat Padini dan perolehan dividen melalui laman web Bursa Malaysia.

Untuk mencari data perolehan divinden, scroll ke bawah lagi dan cari seksyen entitlements seperti berikut:

Menerusi pengumuman tersebut kita dapat tahu Padini Holdings Berhad pada 25 & 26 November 2013 mengumumkan:

  1. Second interim dividend sebanyak 2.5 sen sesaham, EX-date 11 Disember 2013.
  2. Special dividend sebanyak 1.5 sen sesaham, EX-date 11 Disember 2013.

Interim dividend adalah dividen yang diberi sebelum mesyuarat tahunan syarikat dan laporan kewangan tahunan. Manakala special dividend adalah dividen khas yang diberi atas sebab tertentu.

EX-date pula adalah untuk menentukan siapa yang berhak mendapat dividen. Pemegang saham yang mahu memperoleh dividen syarikat Padini perlu memiliki saham syarikat pada tarikh EX-date. Jika pemegang saham menjualnya pada 10 Disember, maka dia tidak mendapat sebarang dividen sekalipun telah memilikinya selama 364 hari. Jadi para pemegang saham Padini pada 11 Disember 2013 berhak mendapat 4 sen dividen sesaham.

Kita telah membeli saham Padini 1000 unit. Dividen, 4 sen sesaham. Kiraannya adalah seperti berikut:

Dividen sesaham x pegangan unit = jumlah dividen

RM 0.04 x 1000 unit = RM 40.

Jumlah dividen yang kita terima adalah RM 40.

Mengira Dividend Yield

Untuk mengira keuntungan dalam kiraan dividend yield, begini caranya.

Jumlah dividen / kos beli saham = dividen yield

RM 40 / RM 1610 = 2.48%

Maka interim & special dividend yang diperoleh adalah sebanyak 2.48%

Dividen Tidak Dipengaruhi Turun Naik Harga Saham

Dividen dibayar mengikut kemampuan tunai & pendapatan syarikat dan bukannya turun naik harga saham.

Jadi, sekiranya harga saham Padini jatuh sekali pun pada tarikh tersebut, dividen masih diterima oleh para pemegang saham. Masih dapat untung walaupun rugi capital gain atas kertas. Namun, kita perlu faham, bukan semua syarikat memberikan dividen.

Seandainya dividen dapat, capital gain pun dapat, maka jumlah ROI pelaburan yang dibuat dalam saham Padini adalah sebanyak:

23.6% (capital gain) + 2.48% (dividen) = 26.08%

Ingat saham, ingat capital gain + dividen!