Macam Mana Nak Mula Labur Saham?

Nak beli saham kena buka akaun dulu.

Untuk orang yang nak urus pelaburan saham sendiri, begini caranya.

#1 Buka Central Depository System (CDS) Account dan Trading Account

Walaupun kena buka dua akaun yang disebutkan di atas, jangan risau tuan akan dibantu semasa sesi temujanji dengan wakil syarikat broker / bank pelaburan yang tuan pilih. Untuk kali pertama, bukalah akaun-akaun tersebut dengan mana-mana syarikat berikut:

Akaun dapat dibuka oleh individu yang berusia 18 tahun dan ke atas. Sediakan dokumen-dokumen ini:

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Penyata akaun bank
  3. RM 10 

Barangkali akan ada syarikat broker yang minta slip gaji juga, tetapi bukan semua. Permohonan tuan akan diproses dan mereka akan maklumkan tuan selepas akaun telah berjaya dibuka.

Selepas dah buka akaun, belajarlah untuk masukkan modal dalam akaun tersebut dan cara-cara membuat jual beli secara online melalui online trading platform yang disediakan. Perkara-perkara teknikal berkaitan akaun kita perlu rujuk kepada syarikat broker.

Tutorial Saham tidak ada memberikan tunjuk ajar tentang perkara teknikal berkaitan akaun saham. Itu adalah tugas dealer / remisier saham.

Tutorial Saham cuma berkongsikan cara-cara nak tahu 5 saham pertama apa yang sesuai kita beli dengan modal yang tuan sanggup rugi 100%.

#2 Buka Akaun Mandat Persendirian

Cara ini adalah untuk tuan puan yang berstatus individu high net worth.

Modal permulaan sekurang-kurangnya 200 ribu ringgit. Sangat sesuai untuk mereka yang tak ada masa nak urus pelaburan sendiri.

Akaun pelaburan saham secara mandat persendirian ini diuruskan oleh fund manager yang berlesen. Selain dari pelaburan tunai untuk membuat pelaburan saham, tuan puan juga dapat menggunakan sebahagian dari simpanan akaun 1 KWSP.

Sila hubungi kami di 03-92079780 (Puan Suhaida) untuk info lanjut.