Misi Pelaburan Pertama

Pasaran saham adalah tempat duit buat duit. Bukan tempat untuk mereka tiada duit, cuba nak buat duit.

Mulakanlah pelaburan dengan sejumlah modal yang sanggup hilang semua dulu. Duit lebih. Free cashflow. Duit simpanan khas untuk pelaburan.

Misi pelaburan pertama  adalah membuat satu portfolio saham yang di dalamnya cuma ada 5 syarikat sahaja seperti yang dikongsikan dalam tutorial ini.

Biar Duit Bekerja

Seterusnya beri masa untuk duit bekerja sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 tahun untuk melihat hasil pelaburan yang sebenar dari portfolio saham tersebut.

Kemudian, sekiranya masih gagal buat untung terkompaun lebih dari 7% setahun, barangkali rezeki pelaburan bukan dalam pasaran saham.

Jika rugi, kita rugi setakat sebahagian modal sahaja dan tidak mengapa, kita telah mencuba.

Sekiranya untung, maka potensinya adalah besar. Selepas itu gunakanlah modal yang lebih besar dan mula menstrukturkan portfolio saham secara serius, paling banyak dapat beli; 10 syarikat sekaligus.

Take Action Now

“Don't be too timid and squeamish about your actions. All life is an experiment. The more experiments you make the better.” – Ralph Waldo Emerson

Selamat datang ke dunia pelaburan saham.

May the profit be with you.

Buat Tempahan Sekarang