Saya Ada RM500, Cukup Tak Buat Modal Beli Saham?

Kita tak boleh beli 1 unit saham. Kita kena beli paling sikit 100 unit saham. Dan 100 unit saham ini bersamaan dengan 1 lot.

1 lot = 100 unit.
2 lot = 200 unit.
5 lot = 500 unit.
10 lot = 1,000 unit.

Berdasarkan harga Padini Holdings Berhad seperti di atas, jadi modal paling sikit nak beli saham Padini ialah:

RM5.83 sesaham x 100 unit = RM583.

Jadi ini cerita modal nak beli 1 saham. Belum campur kos jual dan beli. Selalunya syarikat broker guna kiraan macam ini untuk kos brokerage. Ini ilustrasi sahaja, sila rujuk syarikat broker sendiri untuk kos sebenar.

  • Brokerage fee 0.42% or RM 28, whichever is higher.

Maka kos beli saham 1 lot Padini:

0.0042 x RM583 = RM 2.45

RM2.45 adalah lebih rendah dari RM28, jadi syarikat broker caj RM28 dan bukannya ikut kadar 0.42%

RM583 + RM28 = RM 611.

Maka nak breakeven untuk dapat untung beli saham Padini ni, ialah harga saham kena naik sekurang-kurangnya RM6.39 (saham kena naik sampai 9.61%) sebab nanti nak jual saham tu pun kena tolak brokerage fee RM28.

Berdasaran ilustrasi ringkas di atas, maka boleh nak beli saham dengan modal RM500 atau kurang dari itu tetapi modal yang rendah sebegitu kurang berbaloi jika kos brokerage adalah seperti yang disebutkan. Nak cuba belajar, ok. Tapi nak buat serious money tak jadi dengan modal RM500.