Pelabur Saham Jika Rugi 100% Sekalipun Tidak Jatuh Miskin

Pasaran saham bukan tempat nak cari duit lebih.

Duit lebih macam untuk bayar sewa rumah lah, nak bayar hutang kereta lah atau duit nak buat beli lampin anak. Ini cara seorang gambler saham.

Melaburlah Dengan Duit Lebih

Pasaran saham tempat gandakan duit lebih.

Seorang pelabur saham melabur selepas semua perbelanjaan tersebut dah selesai. Dengan duit lebih.

Atau melabur lepas tabung kecemasan dah penuh.

Atau gunakan akaun 1 KWSP melalui mandat persendirian.

Atau melabur dengan satu tabung khas pelaburan saham. Setiap hari simpan. Setiap bulan simpan. Letak dalam tabung. Duit khas untuk digunakan untuk melabur.

Ini cara seorang pelabur saham sebenar.

Pasaran saham bukan tempat paling sesuai untuk cari pendapatan tambahan secara harian atau bulanan. Pasaran saham bukan nak tempat nak cari duit bulan-bulan. Saya tak tahu cara buat duit dalam pasaran saham style ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.’

Melaburlah Secara Tunai

Pelabur saham melabur dengan duit dari dalam poket sendiri. Bukan dari poket orang lain.

Jadi ...

  • Jangan berhutang dengan saudara mara.
  • Jangan berhutang dengan bank.
  • Jangan menggunakan kemudahan margin (hutang) yang disediakan oleh pihak broker.

Cerita main saham sampai jadi papa kedana itu boleh jadi sebab dua perkara. Satu, sebab dia beli saham dengan cara berhutang. Guna margin. Macam saya tulis atas tu.

Dua, sebab dia beli saham tapi dalam poket takde duit. Dia ingat dalam masa 3 hari boleh untung, sekali bukan sahaja tak untung tapi harga jatuh bergolek-golek. Namanya main saham kontra. Ramai yang dijanjikan saham boleh untung cepat macam ini.

Pelabur saham tak buat macam itu.

Mulakan Dengan Modal Sanggup Rugi Sahaja

Gunakan sebahagian duit simpanan untuk mula melabur saham.

Senang cerita, kalau modal tersebut rugi 100% sekalipun tuan dan puan tidak jatuh miskin.

Ya.

Kalau kita beli saham secara tunai, 10 ribu. Maka risiko kerugian kita terhad cuma 10 ribu sahaja. Tak lebih dari itu. Sebab kita laburkan duit yang kita sanggup rugi sahaja.

Tapi ada cerita best. Potensi untung unlimited.

10 ribu tadi kalau untung 100% berkembang jadi 20 ribu. Malah boleh jadi 30 ribu. 40 ribu dan seterusnya. Tapi sebab beli saham pakai duit yang ada dalam poket sahaja, pakai duit yang kita sangggup rugi sahaja, maka 10 ribu itu sahajalah potensi rugi paling teruk.

Tapi pada hakikatnya, pelabur saham sebenar - the real investor susah nak rugi teruk macam itu. Sangat susah. Dengar cerita dari gambler saham memang dia selalu cerita pasal rugi 24 jam.

Modal Untuk Pelabur Baru

Sebagai pelabur baru yang nak memulakan misi pelaburan saham pertama maka saya cadangkan modal permulaan adalah antara 5 ribu ke 10 ribu.

Dah pandai nanti letak lah berapa-berapa pun. Ini cuma untuk misi pelaburan saham pertama sahaja.

Rugi Bukan Bermaksud Gagal

Bila pelabur mengalami kerugian dalam urusan jual beli saham, situasi itu tidak bermaksud individu itu telah gagal menjadi seorang pelabur.

Rugi atas kertas itu pasti berlaku. Itu adalah lumrah. Apa yang penting ialah masa tengah rugi itu kita tahu nak buat apa.

Semak semula polisi pelaburan kita. Tengok balik alokasi aset kita. Pelaburan saham bukan sekadar mencari saham apa nak beli.

Selanjutnya sila klik dan baca:

>> Pelaburan Saham Tidak Terhad Kepada Buy Low, Sell High


Buat Pembelian