≡ Menu

Dulu Saya Pun Tak Pernah Tahu Betapa Mudahnya Menjadi Seorang Pelabur Berbanding Seorang Trader

Print Friendly, PDF & Email

Dulu, semasa saya buat ‘active trading strategy’ – atau jadi trader / speculator, saya tidak mempunyai banyak masa nak bercuti dan buat kerja-kerja lain yang lebih produktif. Maklumlah, hari-hari kena tengok monitor komputer. Pergi jamban pun kena tangguh semasa pasaran buka.

Apabila dah terduduk sebegitu di depan komputer, antara saat terkilan adalah saya tak dapat temankan almarhumah emak saya yang ketika itu mengalami sakit yang serius pergi ke Labuan melawat abang saya yang bekerja di situ. Hati kecil saya akhirnya terdetik...

“Adakah saya mahu buat ‘active trading’ sebegini sampai usia 60 tahun? Pukul 8:00 pagi dah duduk depan komputer sampai pukul 6:00 petang. Tiada life. Nak buat kerja lain pun susah.”

“Kata kerja sendiri nak masa flexible,  tapi nanti bila nak hantar anak ke sekolah pun berkira-kira sebab ‘market open’. Patutnya saya yang dapat mengawal masa 24 jam saya sendiri.”

Misalnya, bila almarhumah emak saya ada temujanji dengan doktor di PPUM, saya perlu tutup semua position walaupun tengah ‘baik’. Aduh… Maklumlah temujanji doktor paling cepat ambil masa 1/2 hari.

Masa saya bekerja di bank pun begitu. Ingatkan ada masa nak curi-curi tengok ‘market‘. Hampeh… Mesyuarat. Kertas kerja. Mesyuarat. Mesyuarat. Kertas kerja. Bos pula selalu lalu cubicle. Nak menjeling tengok market pun segan. Ini masa pejabat. Buatlah kerja pejabat. Bukan be in the market! Itu namanya tidak amanah dalam kerja.

Sekarang, bila dah gunakan strategi seorang pelabur, saya lebih seronok. Boleh bercuti masa off peak season. Tiket masuk murah. Hotel murah. Orang tak ramai. He he he.

Macam masa bercuti di USS Studio ni, kalau pergi masa peak season jangan haraplah beratur tak sampai 5 minit dah boleh ride roller coaster dia. Entah-entah pemegang tiket ekspres pun masih kena beratur panjang.

Satu lagi, saya dah tak perlu risau pasal pasaran semasa bercuti. Tidak perlu lagi nak memberatkan beg dan bahu untuk bawa laptop-lah, roaming-lah, broadband-lah dengan tujuan nak tengok pasaran. Kalau bercuti, kita enjoy! Bak kata Nora Danish.

Hati dah jadi tenang, rileks dan tidur waktu malam lebih nyenyak.

Habis masa bercuti, portfolio pelaburan masih terjaga dengan baik. Biasalah kalau jatuh sikit atau naik sikit. Apa yang penting, bukan saya yang teruk bekerja, tetapi duit yang bekerja keras untuk saya.

Ini pula ketika saya menunaikan haji pada 2014. Bergambar dihadapan masjid Hijrah, iaitu rumah Sayyidina Hamzah yang menjadi salah satu tempat persinggahan Nabi kita sewaktu hijrah.

Saya langsung tidak tengok pasaran saham selama lebih 3 bulan. Ya, lebih 90 hari meninggalkan dunia pelaburan, langsung tidak ambil tahu. Tidak ada masalah. Saya tak jual apa-apa saham sebab kononnya takut pasaran jatuh semasa di Mekah. Boleh dapat fokus buat perkara yang lebih utama untuk dibuat di tanah suci. Selepas 90 hari tengok semula portfolio saham, semua masih ok.

Dari Pelabur Untuk Pelabur

Jadi  saya mahu berkongsi kepada kalian bagaimana untuk menjadi seorang pelabur saham tanpa pecah kepala menilik carta-carta saham, duduk di hadapan komputer sepanjang pasaran dibuka seterusnya berhenti meneka-neka turun naik harga saham.

Ada cara yang lebih ringkas. Simple but not easy. Komitmen analisa saham cuma 15 minit seminggu. Dibuat pada hari cuti hujung minggu. Selepas setahun sudah dapat analisa 52 syarikat. Apabila nak jual - beli sahaja perlu dibuat pada hari Bursa Malaysia beroperasi. Sekarang boleh pakai apps dalam telefon pintar sahaja tanpa perlu banyak ganggu masa dan guna kemudahan internet di tempat kerja.

Saya bukanlah seorang remisier, dealer, analyst atau fund manager. Saya cuma seorang pelabur kecil-kecilan sama seperti kalian. Justeru, apa yang terkandung dalam tutorial online ini merupakan perspektif dari seorang pelabur kepada pelabur yang lain. Yang tidak mempunyai apa-apa kelebihan insider information, teknologi yang canggih mahupun sepasukan analyst saham yang memberi laporan harian.

Barangkali ramai di kalangan kita berpendapat untuk terlibat dalam pasaran saham maka kita perlu menjadi pakar akaun, pakar ekonomi, ada modal yang besar, kena pandai baca carta saham dan masih kena telefon remisier / dealer untuk beli saham. Oh tak perlu. Common sense sudah mencukupi dan kini jual beli adalah secara online.

Sesungguhnya tiada apa-apa rahsia yang dibongkarkan Barangkali kalian belum berjumpa tekniknya sahaja. Dan saya menyusunnya semula dalam bahasa yang biasa-biasa sahaja.