Saham Bukan Tempat Cari Duit Lebih

Sekiranya tuan puan nak jadikan saham sebagai tempat cari duit lebih, sila lupakan hasrat tersebut.

Sekiranya masih percaya dengan mereka yang menjanjikan saham dapat dijadikan tempat cari duit lebih tiap bulan, sila jangan subscribe Tutorial Saham.

Tutorial Saham tak menjanjikan untung bulan dan bintang.

Saya TAK menjanjikan perkara-perkara berikut:

  • Bagi tips saham apa nak beli. Yang ada adalah tutorial untuk buat analisa saham.
  • Cara jadi kaya dengan saham sekelip mata. Pelaburan saham kena sabar.
  • Strategi yang gerenti untung. Mana ada strategi yang perfect 100%.

Bagaimanapun saya jamin tuan puan tidak lagi menjadi 'kaki judi' dalam pelaburan saham.

Tutorial Saham adalah nota pelaburan dari pelabur untuk pelabur.

Nota yang disediakan adalah untuk tujuan pendidikan dan bukannya jaminan untung. Fikir baik-baik sebelum membuat subscription tutorial saham ini kerana ianya tidak ada refund.

Subscription nota saham ini adalah dalam format yang tuan puan sedang baca sekarang. What you see is what you get. Tutorial Saham bukan buku fizikal atau ebook pdf. 

Checklist Ringkas Sebelum Memulakan Pelaburan Saham

  • Cashflow positif. Duit masuk mesti lebih dari duit keluar
  • Tabung kecemasan. Ada simpanan yang cukup untuk tampung 6 bulan perbelanjaan.
  • Tabung haji. Daftar haji & simpan paling kurang 10 ribu ringgit untuk pergi haji dalam akaun Tabung Haji.
  • Profil faraid. Tahu siapa yang dapat tutup akaun saham kita nanti lepas mati. Ajal tak kira usia.
  • Takaful. Paling kurang dah ada term takaful yang murah-murah.
  • Modal permulaan. Kalau ada 10 ribu sahaja, gunakan 1 ribu. Kalau ada 100 ribu, gunakan 10 ribu. Duit ini mesti sedia untuk rugi 100 peratus.

Sila klik dan baca seterusnya:

>> Memulakan Misi Pelaburan Saham Pertama


Buat Pembelian | Servis Pakdi