Saham Ni Halal Ke ?

Kalau faham saham macam gambler saham faham memang nampak saham macam teka nombor sahaja.

Hari ini teka saham apa nak naik. Esok teka saham apa nak jatuh. Eh, boleh pulak macam itu. Macam gambling. Tetapi sebenarnya saham bukan begitu.

Seorang pelabur saham faham, beli saham = beli bisnes.

Pelabur membeli pemilikan atau ekuiti dalam sesebuah syarikat. Apabila sudah membeli saham walaupun cuma 1 lot, maka kita adalah pemilik syarikat tersebut. Cuma selaku pemain kecil-kecilan, pemilikan kita adalah kecil. Sangat kecil.

Walaupun kecil ia tidak menghalang kita untuk hadir sebagai mesyuarat tahunan syarikat sebagai pemegang saham i.e. shareholder. Sebagai shareholder, kita lebih berkuasa dari pengurusan syarikat. CEO boleh dipecat oleh lembaga pengarah. Lembaga pengarah pula dipilih oleh pemegang saham. Dan siapa boleh pecat pemegang saham ?

Apakah Bisnes Syarikat Tersebut ?

Sebelum beli saham kita kena tahu dulu syarikat tersebut jual apa.

Pelabur yang peka dengan isu halal haram tak boleh main beli sahaja syarikat ikut suka hati. Kita kena pastikan saham syarikat tersebut tidak terlibat dengan aktiviti bisnes sebegini, antaranya:

  • Perbankan riba
  • Insurans
  • Judi
  • Arak
  • Babi
  • Restoran tak halal
  • Hiburan yang tidak patuh Shariah
  • Pendapatan dari akaun riba
  • Rokok

Ini peringkat yang pertama.

Seterusnya kena pastikan modal syarikat tersebut datang dari sumber yang halal atau pun haram.

Oh... Susahnya! Tak.

Sebab hal halal haram saham ini telah pun ada pihak yang memantaunya iaitu Suruhanjaya Sekuriti. Mereka tapis dua kali setahun.

Tugas pelabur Muslim dah mudah. Cuma kena ambil tahu senarai saham patuh Shariah terkini. Yang lebih mudah, buka Islamic share trading account sahaja! Confirm dapat elak dari terbeli syarikat yang non-Shariah compliant.
.

Oh ya, sebagai pemegang saham kita juga berhak mendapat dividen.

Kalau beli saham ini macam berjudi, gambling, maysir maka tak mungkin pemegang saham ini berhak mendapat dividen. Ini kerana prinsip asas Shariah dalam menentukan sesuatu aktiviti itu judi atau tidak adalah wujudnya situasi yang dinamakan yang menang, ambil semua dan yang kalah, hilang semua.

Perkara yang menarik tentang dividen, walaupun harga saham turun naik, tetapi syarikat masih dapat beri dividen yang konsisten. Ini kerana dividen ditentukan antaranya melalui keuntungan operasi syarikat. Selagi mana ada untung, ada lah dividen yang bakal diperoleh.

Sikap sebahagian pelabur saham yang menjadikan saham macam kasino, itu silap dia sebagai individu. Macam orang jual pisang. Pisang itu halal. Yang tak bolehnya kalau orang itu jual pisang curi. Tapi sebab ada yang mencuri dan menjual pisang curi maka tak patut kan terus hukum semua aktiviti penjual pisang jatuh haram. Kan ?

Klik dan baca nota seterusnya:

Cerita Saya


-
Buat Pembelian