Saham Ni Untuk Buat Untung Short Term Kan?

Pelabur saham yang beli saham untuk jangka masa pendek tidak dipanggil pelabur (investor). Mereka lebih dikenali sebagai pedagang saham (trader). Cara trader beli saham tak sama dengan cara investor beli saham.

Trader mungkin mereka yang beli saham untuk tempoh:

  • Sehari (intraday)
  • Sehari + 3 (contra trader)
  • Seminggu
  • Berminggu-minggu
  • Sebulan
  • Berbulan-bulan

Cara mereka beli saham selalunya merujuk kepada carta-carta pergerakan harga saham macam ini. Orang panggil technical analysis. Chartist. 

Tutorial Saham tak ada perkongsian cara-cara beli saham dengan cara seorang trader. Tutorial Saham adalah untuk tuan puan yang mahu menjadi seorang pelabur. Investor.

Dan bila sebut investor, selalunya ia merujuk kepada gaya pelaburan long term.

"Pakdi, long term tu berapa lama?"

10 tahun.
.

Biarlah data berbicara ...

Oh ya, satu lagi gaya pemain saham. Gambler. Bukan trader atau investor. Jenis cari tips saham. Buat analisa sendiri tak mahu. Asyik harapkan analisa orang lain. Lepas tu rugi sahaja memanjang. Beli saham dengan mentaliti gambler memang tak boleh dapat return macam ini.

Ini kerana gambler saham sudah lah mahu kejar short term profit. Tak sabar. Tak pakai duit lebih. Tidak ada ilmu. Bila semua kombinasi tu ada, dia tak boleh tengok harga saham jatuh untuk sementara waktu.

Pelabur saham sebenar sahaja yang mampu mencapai return macam ini.