Saham Untuk Persaraan

Ekonomi Malaysia berkembang 8 peratus setahun dari 1986 sehingga 1996. Malaysia juga berjaya berubah dari ekonomi pertanian & perlombongan kepada pelbagai jenis industri.

Namun pada 1997, Malaysia melalui krisis kewangan yang menyebabkan nilai ringgit dan juga pasaran saham susut 50 peratus.

Tahun 1998 ekonomi Malaysia terus menjadi lebih teruk dengan nilai ringgit dan saham terus jatuh. Malah sektor-sektor lain juga turut sama terjejas dan menyebabkan Malaysia secara rasmi berada dalam situasi kegawatan ekonomi.

Pelbagai tindakan drastik telah diambil untuk memulihkan ekonomi negara antaranya seperti membuat tambatan ringgit, langkah kawalan modal serta menolak pakej bantuan International Monetary Fund (IMF).

Keadaan ekonomi Malaysia kembali pulih sedikit demi sedikit. Namun 10 tahun kemudian iaitu pada tahun 2008, negara kita terkena juga tempias krisis ekonomi dunia yang dikenali sebagai krisis sub prima.

Sebagai negara kecil apa yang berlaku di negara ekonomi yang lebih besar pasti memberi kesan kepada kita. Sebagai contoh trade war yang berlaku pada 2018 – kini.

  • Kejatuhan harga minyak dunia pada 2014.
  • Serta European sovereign debt crisis 2009.

Malah tahun 1998 menyaksikan krisis politik dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri. 2008, Barisan Nasional kalah di 5 negeri. Dan 2018 pula menyaksikan peralihan kuasa kerajaan persekutuan berlaku buat pertama kali dari Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan.

Walaupun begitu, disebalik pelbagai krisis ekonomi & politik yang berlaku sepanjang tempoh yang disebutkan, sama ada di dalam atau luar negara, pasaran saham melalui Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) pada tahun 1986 ialah 252.43 dan pada 2018 ialah 1690.58.

Ini bermaksud, bila Ali melabur 10 ribu ringgit pada tahun 1986 dalam pasaran saham melalui KLCI, maka pada tahun 2018 nilai pelaburannya menjadi kira-kira 70 ribu ringgit.

Tabung persaraan Ali berkembang sebanyak hampir 7x ganda, dan ini belum dicampurkan dengan perolehan dividen yang diterima.

Mahukah tuan puan mempunyai portfolio saham untuk persaraan seperti Ali? Jika ya, sila teruskan membaca.

>> Dulu Saya Pun Tak Pernah Tahu Betapa Mudahnya Menjadi Seorang Pelabur Berbanding Seorang Trader