Senang Tak Nak Beli Saham?

Bayangkan situasi seperti berikut:

Sekejap tadi, jam 10 pagi, tuan singgah stesen minyak.

Selain nak isi minyak, tuan berasa haus, lalu membeli sebotol air mineral Spritzer yang dingin , bertudung botolkan warna hijau.

Belek-belek botol. Syarikat ini beralamat di Taiping, Perak.

Sambil beratur untuk bayar di kaunter, buka aplikasi BursaMarketPlace.com di telefon bimbit, search Spritzer. Untuk semak sama ada Spritzer in syarikat berhad atau tidak.

Sah!

Sahamnya dapat dibeli di Bursa Malaysia. Semak lagi, berstatus Shariah compliant lagi.

Eh, syarikat jual air pun ada di Bursa Malaysia ?

Macam mana nak beli sahamnya ?

Adakah tuan kena pergi ke Taiping, ibu pejabat Spritzer ketuk pintu pejabat, jumpa CEO, jumpa CFO ? Sedangkan tuan sekarang ini berada di Kuala Lumpur.

Oh, tidak perlu.

Lepas isi minyak. Parking kereta tepi.

i. Tuan login trading platform. Klik buy @ market price. Atau,
ii. Tuan login guna aplikasi di telefon pintar. Klik buy @ market price.

Tunggu sekejap. Done.

Selesai beli satu saham. Mudah ke susah?

*Penulis tidak mempunyai sebarang pegangan saham Sprizter.