Tak Tahu Nak Beli Saham Apa?

Tak ada idea nak beli saham apa ?

Bukan susah sebenarnya nak cari idea beli saham ini.

Ramai pelabur baru tidak tahu cara yang betul untuk mendapatkan idea-idea pelaburan. Mereka sering mahu mendapatkan 'hot tips' iaitu kaunter saham apa yang boleh naik sejak semalam lagi. Ini didorong oleh sifat mahu untung cepat tetapi sebenarnya mereka tidak sedar tips-tips panas kaunter saham yang diberikan itu selalunya mempunyai udang di sebalik batu.

Jangan beli saham dengan cara begini.

Begini.

Jika Encik X telah siap-siap membeli saham pada harga RM 1, maka untuk membolehkan harga saham naik kepada RM 1.20 maka sudah tentu antara kaedahnya ialah mewar-warkan pembelian tersebut kepada 'followers' yang ramai. Tips-tips panas saham ini berlaku kerana untuk buat untung, seseorang itu mesti menjual. Nak jual kepada siapa ? Kepada mereka yang mencari tips-tips saham panas itulah.

Maka abaikan cara sedemikian dan mula jadi pelabur sebenar. Berhenti menjadi gambler saham sekarang juga.

Bayangkan situasi seperti berikut:

Sekejap tadi, jam 10 pagi, tuan singgah stesen minyak.

Selain nak isi minyak, tuan berasa haus, lalu membeli sebotol air mineral Spritzer yang dingin , bertudung botolkan warna hijau.

Belek-belek botol. Syarikat ini beralamat di Taiping, Perak.

Sambil beratur untuk bayar di kaunter, buka aplikasi BursaMarketPlace.com di telefon bimbit, searchSpritzer. Untuk semak sama ada Spritzer in syarikat berhad atau tida. Sah! Sahamnya dapat dibeli di Bursa Malaysia. Semak lagi, berstatus Shariah compliantlagi.

Eh, syarikat jual air pun ada di Bursa Malaysia ?

Macam mana nak beli sahamnya ?

Adakah tuan kena pergi ke Taiping, ibu pejabat Spritzer ketuk pintu pejabat, jumpa CEO, jumpa CFO ? Sedangkan tuan sekarang ini berada di Kuala Lumpur.

Oh, tidak perlu.

Lepas isi minyak. Parkingkereta tepi.

i. Tuan login trading platform. Klik buy @ market price. Atau,
ii. Tuan loginguna aplikasi di telefon pintar. Klik buy @ market price.

Tunggu sekejap. Done.

Selesai beli satu saham.

Berdasarkan carian di BursaMarketPlace, syarikat Spritzer juga ada rekod pemberian dividen kepada para pemegang saham mereka.

Dalam nota premium, saya kongsikan lagi lebih banyak cara bagaimana nak ada idea untuk beli saham yang bagus-bagus.

*Penulis tidak mempunyai sebarang pegangan saham Sprizter.

Klik dan baca nota seterusnya:

Mudahnya Melabur Saham