Tips & Panduan Beli Saham di Bursa Malaysia

Tak ada idea nak beli saham apa ?

Bukan susah sebenarnya nak cari idea beli saham ini.

Ramai pelabur baru tidak tahu cara yang betul untuk mendapatkan idea-idea pelaburan. Mereka sering mahu mendapatkan 'hot tips' iaitu kaunter saham apa yang boleh naik sejak semalam lagi. Ini didorong oleh sifat mahu untung cepat tetapi sebenarnya mereka tidak sedar tips-tips panas kaunter saham yang diberikan itu selalunya mempunyai udang di sebalik batu.

Jangan beli saham dengan cara begini.

Begini.

Jika Encik X telah siap-siap membeli saham pada harga RM 1, maka untuk membolehkan harga saham naik kepada RM 1.20 maka sudah tentu antara kaedahnya ialah mewar-warkan pembelian tersebut kepada 'followers' yang ramai. Tips-tips panas saham ini berlaku kerana untuk buat untung, seseorang itu mesti menjual. Nak jual kepada siapa ? Kepada mereka yang mencari tips-tips saham panas itulah.

Maka abaikan cara sedemikian dan mula jadi pelabur sebenar. Berhenti menjadi gambler saham sekarang juga.

Nota Penting

Jika tuan puan ada modal tunai / KWSP sekurang-kurangnya 200ribu ringgit untuk dilaburkan dalam pasaran saham tetapi tak ada masa nak uruskan pelaburan saham sendiri dan perlu khidmat profesional licensed fund manager, sila hubungi kami di talian 03-92079780 (Puan Suhaida)

Tutorial Saham Untuk Pelabur Baru Do-It-Yourself (DIY)

Keep it simple stupid.

Ada banyak cara jadi pelabur saham. Tutorial Saham ini berkongsikan 2 strategi berikut: 

1. Strategi Asas Value Investor

  1. Menganggarkan nilai syarikat.
  2. Beli pada harga diskaun berbanding nilai.
  3. Menjualnya ketika harga menghampiri atau melebihi nilai.

Ini namanya strategi membeli saham pada harga diskaun. Seumpama beli gulai ikan patin sungai Pahang dengan harga murah. Macam beli rumah lelong. Macam makan steak Wagyu medium well pada harga RM 10.

2. Strategi Indeks

Sekiranya pening dengan strategi 1, gunakan strategi ini.

Kita beli syarikat-syarikat yang sudah well established dan ada memberikan dividen tahunan.

Tutorial SAHAM ini TIDAK ada perkara-perkara berikut:

  • Tiada tips saham mana yang patut beli. Yang ada adalah tutorial untuk buat analisa saham.
  • Tiada cara jadi kaya dengan saham sekelip mata. Pelaburan saham kena sabar.
  • Tiada strategi yang pasti tidak akan rugi. Mana ada strategi yang perfect 100%.

Bagaimanapun saya jamin tuan puan tidak lagi menjadi 'kaki judi' dalam pelaburan saham.

Sediakan kertas.
Letak pen di sebelah.
Buat spreadsheet pun boleh.
Ambil kalkulator.

Pada peringkat awal barangkali tuan-puan akan ambil masa lebih dari 15 minit. Tetapi nanti bila sudah tahu angka apa yang perlu dicari, maka 15 minit seminggu untuk buat analisa 1 syarikat adalah mencukupi.

Pelaburan saham bukan untuk semua orang. Fikir baik-baik sebelum membuat subscription tutorial saham ini kerana ianya tidak ada refund.

>>Klik Sini Untuk Lihat Senarai Konten<<

Subscription nota saham ini adalah dalam format yang tuan puan sedang baca sekarang. What you see is what you get. Tutorial Saham bukan buku fizikal atau ebook pdf. Ada dua kaedah subscription. Sila buat pilihan:

1. Pakej Coaching

  • Subscription nota premium Tutorial Saham
  • 1 sesi coaching Tutorial Saham 1-to-1 selama 90 minit (tempoh sah ialah 1 tahun) yang dibuat di pejabat AFIQ Training & Advisory, Menara Prestige, Kuala Lumpur.
  • Harga RM 500

2. Pakej Asas

  • Subscription nota premium tutorial saham
  • Harga RM 150