Status patuh Shariah saham di Malaysia disemak dua kali setahun.
Iaitu setiap hari terakhir bulan Mei dan November setiap tahun.
Jadi situasi masa beli, saham tersebut berstatus patuh Shariah. Kemudian, status Sharianya berubah. Situasi ini dapat berlaku. Ada banyak faktor kena saham itu boleh berubah menjadi tidak patuh Shariah. Ia di luar kawalan kita. Maka ini adalah panduannya.
- Jika pada hari pengumuman status saham kita berubah, sudah tidak lagi Shariah compliant dan pada masa yang sama harga semakin naik. Maka, kita cuma dibenarkan untuk mengambil untung capital gain sehingga harga hari pengumuman itu sahaja. Esok juga masih naik harga, untung sudah tidak dapat masuk dalam poket lagi.
- Begitu juga dengan dividen saham. Jika kita menerima dividen selepas tarikh pengumuman tersebut, maka dividen tersebut juga tak boleh masuk poket sendiri.
- Kesemua keuntungan (capital gain + dividen) selepas tolak kos ini mesti diberikan kepada badan-badan kebajikan, masjid dan pusat zakat misalnya. Tak boleh guna untuk kepentingan diri sendiri.
Ini kes untung. Bagaimana jika tengah rugi? Berikut adalah panduan seterusnya.
- Dari sudut keutamaan, jual juga. Afdhal bak kata ustaz.
- Namun, Majlis Penasihat Shariah SC membenarkan tunggu hingga harga naik semula (itu pun kalau harga naik semula) dan dapat semula modal asal + kos transaksi. Selebihnya jika ada untung, tak boleh ambil.
Proses ini dipanggil cleansing.
Zakat Saham
Dari sudut zakat bisnes, taksiran zakat dibuat atas dua kaedah. Iaitu:
- Modal berkembang (capital growth)
- Modal kerja (working capital)
Untuk membuat taksiran zakat bisnes, kita merujuk kepada perkara-perkara yang bersifat harta dan beban kewangan seperti yang dicatat dalam rekod perakaunan, iaitu menerusi balance sheet. Sebagai pelabur pun kita melihat kekuatan aset. Zakat juga melihat nilai aset.
Majlis Penasihat Shariah Bursa Malaysia menyatakan, sekiranya syarikat berhad ada membayar zakat bisnes pada tahun tersebut, maka sebagai pelabur saham kita tidak wajib lagi membayar zakat. Ini adalah untuk mengelakkan zakat berganda ke atas aset yang sama, dan ia dilarang dalam Islam. Jadi, kita perlu semak laporan kewangan syarikat terlebih dahulu untuk mengetahui syarikat yang kita beli membayar zakat atau tidak.
Malangnya tidak semua syarikat membayar zakat. Justeru, sekiranya kita membeli syarikat-syarikat yang tidak membayar zakat, maka kita selaku pemegang saham masih wajib membayar zakat. Jadi, bagaimana kita nak bayar zakat saham?
Saham yang kita jual dan beli pada hari ini adalah sejenis aset moden. Ulama’ sepakat menyatakan bahawa saham adalah zakatable asset (aset yang wajib dibayar zakat). Apa yang mereka tidak sepakati adalah bagaimana untuk membuat taksiran zakat saham.
Secara umumnya ada 3 pandangan di kalangan ulama’ semasa:
- Taksiran yang sama seperti taksiran aset emas.
- Taksiran yang sama seperti taksiran aset pertanian.
- Taksiran yang sama seperti taksiran aset bisnes.
Malah ada juga kaedah pentaksiran berdasarkan niat. Niat nak simpan saham itu lama (buy & hold) atau niat nak berjual beli dalam tempoh yang singkat. Saya lebih suka berpegang pada pendapat bahawa taksiran zakat saham sama seperti membuat taksiran aset bisnes kerana apabila kita membeli saham, bermaksud kita membeli bisnes.
Saya cadangkan tuan terus merujuk kepada Majlis Agama di negeri masing-masing untuk pengiraan zakat saham. Di Malaysia, pusat-pusat zakat cenderung menggunakan kaedah yang menyamakan taksiran saham seperti taksiran emas. Sila ke laman web berikut untuk rujukan seterusnya: